Garis panduan untuk menentang tipuan bida dalam perolehan awam

Tipuan bida (atau pakatan sulit dalam tender) berlaku apabila perusahaan-perusahaan, yang sepatutnya bersaing sesama sendiri, berpakat secara rahsia untuk menaikkan harga atau merendahkan kualiti barangan atau perkhidmatan untuk pembeli yang ingin mendapatkan produk atau perkhidmatan melalui proses pembidaan. Organisasi awam dan swasta sering bergantung kepada proses pembidaan yang kompetitif untuk mencapai nilai yang terbaik. Harga yang rendah dan/atau produk yang lebih baik adalah lebih diperlukan memandangkan sumber yang sama boleh disimpan atau dilepaskan untuk digunakan pada barangan dan perkhidmatan lain. Proses persaingan boleh menghasilkan harga yang lebih rendah atau kualiti yang lebih baik dan inovasi berlaku hanya apabila syarikat-syarikat benar-benar bersaing (iaitu, menetapkan terma dan syarat mereka secara jujur dan bebas). Tipuan bida khususnya boleh menjadi amat merugikan jika ia menjejaskan perolehan awam.1 Konspirasi sebegini mengambil sumbersumber daripada pembeli dan pembayar cukai, mengurangkan keyakinan orang ramai dalam proses persaingan, dan menjejaskan faedah pasaran yang kompetitif. Tipuan bida adalah amalan yang menyalahi undang-undang di semua negara anggota OECD dan boleh disiasat dan didakwa di bawah undang-undang dan peraturan persaingan. Di beberapa negara anggota OECD, tipuan bida juga merupakan satu kesalahan jenayah.

01 Feb 2009 19 pages Malay Also available in: Slovak, Portuguese, Polish, Lithuanian, Russian, All

https://doi.org/10.1787/77a36c27-ms 9789264514492 (PDF)

Author(s): OECD